October 5, 2009

Nafsu.

aku terbaca satu hadith nabi s.a.w ni yang memang sangat menarik minat aku.

seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda, lalu nasihat baginda kepada orang itu lebih kurang maksud:

Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda (lebih kurang maksud) :

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)


Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut. sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan Rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya, sehingga berkata sahabat ini:
“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

aku terkedu sebentar membaca hadith ni. aku tak tahu kenapa, tapi perasaan aku jadi kucar kacir, fikiran tak menentu dan nafas membuak-buak secara tiba-tiba. kerana aku juga tidaklah baik mana, membuatkan aku rasa sesal, sedih dan sayu yang amat sangat aku tak faham kenapa manusia sukar sangat nak mengawal nafsu syahwat, termasuklah aku sendiri.
dah macam2 aku cuba untuk mengawal nafsu ni, contohnya tak keluar rumah. tapi di tv masih ada jugak adegan2 merangsang. tak termasuk lagi beribu laman web lucah di internet. kerana tak senang duduk, aku pergi keluar berjumpa rakan2, tapi ada saja topik lucah yang nak disembangkan. belum campur waktu aku melepak dengan bf aku lagi. walaupun telah aku nasihatkan banyak kali, kadang2 masih juga tangannya merayau ke sana ke mari. dan kadang- kadang, aku sendiri juga sebenarnya terlampau lemah untuk menepis...
aku adukan ini kepada seorang rakan, yang merupakan pembimbing di kala keresahan, penyelesai segala permasalahan. selepas mendengar segala keluhanku, dia tersenyum.

"banyakkan solat lagi, zana. ingat tuhan selalu. sentiasa ingat dalam diri, bahawa hidup kita di dunia ni hanyalah sementara. kita semua bakal jadi mayat satu hari nanti. dan kita tak tahu bila benda itu akan terjadi. mungkin lagi sejam, lagi sehari atau sebulan. bersiap sedialah."

kata- katanya aku balas dengan linangan air mata. aku tak tahu sama ada imanku cukup kuat untuk sembahyang lima waktu tanpa tinggal. aku juga tak pasti sama ada cintaku pada agama cukup utuh untuk bersiap- sedia sebelum jadi mayat. tapi aku akan cuba sedaya upaya. pasti aku akan cuba. -_-