November 24, 2009

Tradisi.

"mi, nanti kalau sya nak kahwin, sya ingat nak pakai kimono. malas nak pakai kebaya lah."

"ish kamu ni, mana boleh macam tu. tu namanya dah melanggar adat Melayu."


kadang-kadang aku tertanya, penting sangatkah adat atau tradisi ni? bagi sesetengah orang, terutamanya generasi yang lebih berumur, mereka menganggap tradisi itu wajar diikuti. dan semestinya tidak patut dilanggar. kalau dilanggar, mungkin akan menyebabkan golongan yang melanggar tradisi tersebut dipandang rendah oleh masyarakat ataupun mereka dipanggil 'tak beradab'.

bagi golongan berumur, contoh tradisi seperti lelaki yang merisik atau meminang perempuan, adat bersanding dan seumpamanya mestilah dipatuhi dan tak boleh dilanggar. bak kata mereka, tak manis dipandang. tapi bagi kebanyakan generasi muda, tradisi tak lagi diikut secara membabi buta. ada juga adat- adat yang tidak diikuti. contohnya seperti adik perempuan boleh berkahwin dahulu sebelum kakak. padahal bagi golongan terdahulu, perkara ini sememangnya dilarang kerana boleh mendatangkan malu pada keluarga.

bagi aku pula, aku memang tidak percayakan tradisi. bagi aku, apa sahaja yang diperdebatkan, baiklah kiranya aspek agama yang dipandang, dan bukannya aspek adat atau tradisi ni. kerana bagi aku, banyak tradisi orang Melayu kita dahulu yang tidak sesuai lagi digunakan pada zaman sekarang. selagi perkara itu tidak bercanggah dengan syarak, selagi itulah perkara tersebut boleh dilakukan, walaupun ia bercanggah dengan tradisi.


"Man must not check reason by tradition, but must check tradition by reason"
- Leo Tolstoy -