November 22, 2010

Bebas.

Dahulu waktu kecil, tak pernah aku terfikir hidup sesukar ini. Tak pernah juga terlintas aku akan jadi seperti ini. Aku hidup dengan tenang. penuh kebebasan. Tak pernah aku mintak kasih sayang orang, tapi aku masih gembira, bahagia tanpa bencana.

Kini, semuanya berubah. Aku tak rasa bebas lagi. Ya, memang aku boleh ke mana saja aku suka, minum apa saja yang aku mau, jadi apa saja yang aku nak jadi. Tapi aku tak rasa bebas. Sebab aku makin kenal erti realiti, erti kenyataan itu sendiri. Aku mula tahu apa tujuan hidup dan apa yang dunia ini mahu. Baru aku tahu betapa manusia dibelenggu dan baru aku sedar betapa kebebasan itu sukar untuk dikecapi. Kerana sememangnya kita tidak bebas. Kita dikontrol pemerintah2 yang berkuasa, kita ditindas dengan pelbagai jenis cara, kita turut dikuasai oleh helaian2 kertas bernama wang. Kita sememangnya tidak bebas.


Kalaulah aku boleh jadi budak kecil dan rasa kebebasan untuk selama lamanya..


November 20, 2010

Terima kasih.

Terima kasih Tuhan untuk alam yang bebas dan permai.
Terima kasih Politicians untuk tanah bercukai.

Terima kasih Tuhan atas limpah kurnia yang diberi.
Terima kasih Politicians atas harta rakyat yang dicuri.

Terima kasih Tuhan, manusia dicipta pelbagai darjat dan bangsa.
Terima kasih Politicians, diskriminasi wujud kerana manusia berbeza.

Terima kasih Tuhan, nikmat diberi untuk dikongsi bersama.
Terima kasih Politicians, kemewahan anda untuk kroni sahaja.

dan terima kasih jugak Politicians, untuk setiap titik darah rakyat yang melimpah.
dan terima kasih lagi Politicians, untuk tenaga rakyat yang rakus dikerah.
Segala jasa kalian wahai Politicians, kami takkan pernah lupa.
Semoga kalian bergembira di neraka :)




" The possessions of the rich are stolen property"
- Pierre Joseph Proudhon -