April 11, 2011

Melayu layu

Peringatan : Pos ini mungkin membawa keradangan kepada golongan Melayu tipikal dan golongan Melayu murah. Sebab Melayu kan tak boleh ditegur.

Gua hairan. Hairan sangat. Melayu ni pelik betul. Tak percaya?

Gua tengok budak Melayu sekarang ni (kebanyakan, bukan semua) tak nak ambil tahu pasal politik. Bagi mereka, mereka terlampau muda untuk fikir tentang politik walaupun ada yang dah 23 tahun dah pun. Sebab tu la politik ni penuh dengan orang2 tua Melayu yang tak habis habis lagi duk kejar pangkat dan harta. Orang muda tak nak ambil tahu rupanya. Gua bukan mintak budak budak muda pergi mengundi, gua juga tak mintak mereka bergiat aktif. Sila ambil tahu sahaja, AMBIL TAHU. Sekurang2nya kalau Malaysia ni dah nak ranap, kita tahu.

Gua tengok budak Melayu zaman sekarang ni (kebanyakan, bukan semua) murah betul. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Sama saja. Baru kenal sehari dah ajak untuk seks. Baru kenal semalam dah bercanda di pantai asmara -_-'' Belum masuk lagi gua dapat tahu pasal budak2 Melayu umur 11 tahun dah bercakap pasal skandal dan seks. Dan tak termasuk lagi kes rasuah, penipuan dan banyak lagi yang menunjukkan kemurahan jugak. Melayu oh Melayu, apa lah nak jadi.

Mesti ada yang bengang dengan gua dan kata bangsa lain pun banyak yang macam tu. Hoho memanglah banyak. Tapi lupa ke Melayu ni bangsa yang macam mana. Melayu kan bangsa yang suka kutuk bangsa orang lain, Melayu kan bangsa yang merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain. Jadi bila benda macam ni jadi kat orang Melayu, gua highlightkan.

Gua bukan tulis ni untuk merendahkan orang Melayu. Takdelah. Gua pun Melayu jugak. Gua tak nak jadi Melayu, tapi nak buat macammana mak gua kawin dengan lelaki Melayu. Gua bukan racist, bagi gua semua bangsa sama saja. Tapi bangsa Melayu ni lain. bangsa Melayu ni kebanyakannya racist. Gua boleh nampak semua dengan terang. Pemimpin je buta, gua tak.

Dari zaman sekolah lagi banyak budak Melayu tak nak kawan dengan orang Asli, mereka kata orang Asli kotor. Oh, gua lupa, orang Melayu memang bersih sangat. Dari zaman tu lagi banyak budak Melayu pun tak nak kawan dengan India, mereka kata India hitam. Oh, gua lupa, orang Melayu memang putih macam salji. Dari zaman tahun 1997 tu gua boleh nampak racism berlaku depan mata. dan gua geleng kepala tengok semua tu. Gua tak tegur, sebab gua ingat gua yang salah sebab tak jadi racist sebab orang lain semuanya racist. Biasalah, umur 9 tahun. Gua pun bukannya genius.

Gua ingat makin lama dunia makin maju, ideologi makin moden, sikap manusia pun mungkinlah makin terbuka. Rupa rupanya zaman ni pun racism yang sama wujud di sekolah lagi. Bila adik gua balik rumah dan cerita kat gua benda yang sama. gua terlopong sekejap. Tak sangka gua. Tak sangka langsung. Nasib baik adik gua bukan racist. Kalau dia racist, gua dah belasah dia betul2 sampai patah riuk.

Gua tahu blog gua ni pun bukan ramai yang baca. tetapi kalau adalah Melayu yang baca, gua harap apa yang gua tulis ni boleh la bukak sikit kepala orang Melayu dan sedarkan orang Melayu betapa pincangnya bangsa kita ni. Orang Melayu kena berubah. Jangan pandang rendah pada bangsa lain. Jangan jadi murah. Jangan bangga diri. Jangan buta hati. Jangan jual maruah. Jangan buat gua malu jadi Melayu.