May 18, 2012

Setahun yang sudah hilang.

Sudah hampir setahun sejak kali terakhir aku update blog ni. Memang aku busy gila, dan juga busy dengan Facebook. Haha. Umur semakin meningkat tiap tiap tahun, tapi aku tetap maintain nampak muda. Hahaha. Banyak benda yang berlaku sepanjang setahun ni. Aku belajar banyak perkara dalam hidup - yang terlampau baik akan ditindas, yang jahat dipuja puja. Yang kaya diagung-agungkan, yang miskin dicaci dihina. Aku juga belajar, jangan jadi terlampau baik sehingga dipijak. Dalam masa yang sama, jangan menyusahkan hidup orang lain. Jadilah manusia rasional, yang lembut bila ditegur, tidak mudah melatah bila dicaci, dan berani bila ditempelak. Jadilah manusia matang yang hanya tersenyum bila dimaki dan tenang bila berbicara. InsyaAllah, hidup akan lebih rileks. Tak ada lagi kusut, tak ada lagi serabut, yang ada cumalah rasa kasihan sebab dunia sekarang semakin teruk, semakin hilang pedomannya.

Segala pengalaman yang lepas, aku ucap berbanyak- banyak terima kasih kerana mengajar aku menjadi manusia yang teramatlah ego, teramatlah berhati-hati dan teramatlah peka agar tidak ditipu atau diperkotak - katikkan lagi, Aku silap bila fikir manusia itu tiada yang hipokrit, aku juga silap bila anggap manusia itu jujur semuanya. Aku salah menafsir manusia yang nampak baik itu semuanya baik dan manusia yang nampak jahat itu semuanya jahat. Tipu ah semua tu, hanyalah ilusi semata-mata.

Segala pengalaman yang lepas, aku juga berterima kasih kerana menjadikan aku seorang perempuan yang lebih matang, yang lebih tinggi daya pemikiran, dan lebih teliti dalam perbuatan. Semua orang memang kenal aku sebagai perempuan yang tak berfikir sebelum buat sesuatu, itu memang kelemahan utama aku. Tapi sekarang, Alhamdulillah, kerana pengalaman, aku jadi lebih teratur dan lebih sistematik dalam perbuatan.

Segala pengalaman yang lepas, terima kasih jugak kerana mengajar aku bahawa semua lelaki itu hampir sama, cuma ada yang lebih jahat daripada yang lainnya. Aku pernah kena dengan lelaki yang boleh aku katakan antara yang paling jahat, jadi aku sudah boleh baca fikiran seorang lelaki itu sewaktu first time jumpa- mana yang jujur, mana yang buaya, mana yang ikhlas, mana yang berpura. Bukan aku nak poyo, tapi ya, benda itulah yang melindungi aku daripada bangsat- bangsat yang hanya tahu merosakkan manusia.

Terima kasih, pengalaman. Yang lepas itu takkan mungkin aku ulang, biarlah jadi pedoman. Yang akan datang, semoga akan jadi lebih baik dari semalam :)