September 17, 2009

Minda kelas ketiga.


Baru sahaja hari tu, negara gempar dengan isu perarakan kepala lembu di shah alam sebagai membantah tindakan kerajaan negeri nak mengalihkan kuil ke seksyen 23. ramai pihak yang mengatakan bahawa perbuatan seperti tu tak wajar kerana ia menimbulkan isu sensitiviti kaum kerana lembu itu dianggap suci untuk agama Hindu. apabila perarakan kepala lembu itu dibuat, ia seolah-olah cuba memperlekehkan agama Hindu itu sendiri.

apabila aku membaca berita ni, aku hanya menarik nafas panjang. aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran segelintir orang melayu ni. aku tak faham kenapa mereka mengambil tindakan bodoh dengan melibatkan kepala lembu dalam perarakan. aku juga tak berapa pandai untuk mengetahui kenapa mereka sebenarnya sangat membantah pemindahan kuil tersebut.

pihak yang memprotes pemindahan kuil tersebut ada mengatakan yang mereka tidak mahu kuil tersebut di sek 23 kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam. tetapi ada tak mereka terfikir, kalau nak dikira majoriti dan bukan majoriti, kenapa pula masjid boleh didirikan di negara- negara barat, padahal umat Islam merupakan minoriti di sana ? kenapa orang barat tidak memprotes pula pembinaan masjid di sana ?

kenapa mereka nak marah sangat kalau ada kuil nak dibina di seksyen 23 ? bukankah dalam Islam sendiri, tolak ansur di antara agama itu sangat dituntut. bukankah pada zaman pemerintahan Rasulullah s.aw di Madinah dulu, Rasulullah sangat mementingkan sama rata di antara rakyat ? tidak kisahla pihak majoriti atau minoriti, yang penting hak setiap rakyat itu diberi sama rata. itulah Islam yang sebenarnya.

sebenarnya, puak puak pemprotes ini lupa, bahawa Islam itu adalah agama yang mulia, yang memberi hak kepada semua, tidak kiralah orang itu Muslim ataupun tidak. mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka yang memperlekehkan agama lain ini, mereka sebenarnya telah menjadi pencemar agama Islam itu sendiri. mereka tidak sedar, dengan sikap kebudak- budakan mereka memprotes benda yang tidak wajar diprotes seperti itu, mereka memberi imej buruk kepada seluruh masyarakat Melayu.

sekarang aku tahulah kenapa, masyarakat kita masih dikategorikan sebagai masyarakat berminda kelas ketiga. dan aku fahamlah kenapa, masyarakat kita susah sangat untuk dihormati oleh bangsa lain. bukalah mata wahai saudara- saudaraku. cubalah berfikiran matang sedikit.

janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.