December 4, 2010

Penyamun.




Wah, bestnya! Harga minyak Ron95 pulak naik. Harga gula pun? Hee, seronok sangat. tak sabar sabar nak belanjakan duit lagi untuk kerajaan dan negara yang tercinta :D Yalah, rakyat Malaysia kan semua kaya- raya. Rakyat kan dapat elaun, rakyat kan tak payah bayar cukai, rakyat Malaysia kan gaji semua 10 ribu ke atas, apa salahnya kalau harga minyak, harga gula naik. Lagipun, sikit sangatla naik tu. Setakat berapa sen je. Bukannya naik 100 ringgit pun. Kecoh betulla rakyat Malaysia ni.

Lagipun, rakyat Malaysia kan sayang pemimpin mereka. Rakyat Malaysia sanggup tak makan, sanggup merana demi pemimpin tercinta. Entah entah, kalau pemimpin suruh jilat bontot mereka pun, ramai rakyat yang berlari bergaduh- gaduh nak jilat. Kita sepatutnya bersyukur tau dengan negara kita ni. Kalau nak banding dengan negara Indonesia dan Thailand, harga gula kita lagi rendah tau. Walaupun sebenarnya negara kita memang suka bandingkan diri dengan negara yang lebih kurang baik. Tapi takpela. Apa salahnya kita berkorban jiwa, duit dan maruah demi negara kita yang amat kita cinta ni. Pemimpin kita kan hebat, cerdik dan amanah belaka. Tak salah kalau kita nak agung- agungkan dan sujud pada diorang.

Apa? Kesian kat orang miskin di Malaysia? Eh, Malaysia mana ada orang miskin! Kan dah cakap tadi, Malaysia ni negara untuk orang kaya. Semua gaji 10 ribu ke atas. Lagipun, ada sorang kawan aku penah kata 'apa bukti Malaysia banyak rakyat miskin? Buktikan!' Jadi nampak sangatla negara ni memang takde orang miskin. Takde pun rumah setinggan atau rumah buruk kat Malaysia. Semua rumah banglo je.

Kalau ada orang miskin pun, sapa suruh diorang jadi miskin? Padan muka diorang lah. Sapa suruh tak jilat bontot pemimpin, sapa suruh jujur sangat dalam hidup, sapa suruh protes sana sini??

Hidup Kerajaan Penyamun!

November 22, 2010

Bebas.

Dahulu waktu kecil, tak pernah aku terfikir hidup sesukar ini. Tak pernah juga terlintas aku akan jadi seperti ini. Aku hidup dengan tenang. penuh kebebasan. Tak pernah aku mintak kasih sayang orang, tapi aku masih gembira, bahagia tanpa bencana.

Kini, semuanya berubah. Aku tak rasa bebas lagi. Ya, memang aku boleh ke mana saja aku suka, minum apa saja yang aku mau, jadi apa saja yang aku nak jadi. Tapi aku tak rasa bebas. Sebab aku makin kenal erti realiti, erti kenyataan itu sendiri. Aku mula tahu apa tujuan hidup dan apa yang dunia ini mahu. Baru aku tahu betapa manusia dibelenggu dan baru aku sedar betapa kebebasan itu sukar untuk dikecapi. Kerana sememangnya kita tidak bebas. Kita dikontrol pemerintah2 yang berkuasa, kita ditindas dengan pelbagai jenis cara, kita turut dikuasai oleh helaian2 kertas bernama wang. Kita sememangnya tidak bebas.


Kalaulah aku boleh jadi budak kecil dan rasa kebebasan untuk selama lamanya..


November 20, 2010

Terima kasih.

Terima kasih Tuhan untuk alam yang bebas dan permai.
Terima kasih Politicians untuk tanah bercukai.

Terima kasih Tuhan atas limpah kurnia yang diberi.
Terima kasih Politicians atas harta rakyat yang dicuri.

Terima kasih Tuhan, manusia dicipta pelbagai darjat dan bangsa.
Terima kasih Politicians, diskriminasi wujud kerana manusia berbeza.

Terima kasih Tuhan, nikmat diberi untuk dikongsi bersama.
Terima kasih Politicians, kemewahan anda untuk kroni sahaja.

dan terima kasih jugak Politicians, untuk setiap titik darah rakyat yang melimpah.
dan terima kasih lagi Politicians, untuk tenaga rakyat yang rakus dikerah.
Segala jasa kalian wahai Politicians, kami takkan pernah lupa.
Semoga kalian bergembira di neraka :)




" The possessions of the rich are stolen property"
- Pierre Joseph Proudhon -

February 17, 2010

Hey.

hey,
jangan buang bayi.
usah rasa sendiri.
yakin untuk berdikari.
walau dunia membenci,
Tuhan tetap ada kan ?

hey,
jangan bunuh diri.
usah kusut-kusut.
jiwa mesti redup.
walau mereka mengutuk,
Tuhan masih terima kan ?

hey,
jangan ambil dadah.
usah buat pasrah.
jiwa mesti gagah.
walau rindu menjelma,
masa depan lebih penting kan ?

hey,
jangan berfoya-foya.
usah buat lupa.
diri mesti tak alpa.
walau nafsu membara,
akhirat lebih abadi kan ?

*sekadar nukilan di kala bosan :]