November 24, 2009

Tradisi.

"mi, nanti kalau sya nak kahwin, sya ingat nak pakai kimono. malas nak pakai kebaya lah."

"ish kamu ni, mana boleh macam tu. tu namanya dah melanggar adat Melayu."


kadang-kadang aku tertanya, penting sangatkah adat atau tradisi ni? bagi sesetengah orang, terutamanya generasi yang lebih berumur, mereka menganggap tradisi itu wajar diikuti. dan semestinya tidak patut dilanggar. kalau dilanggar, mungkin akan menyebabkan golongan yang melanggar tradisi tersebut dipandang rendah oleh masyarakat ataupun mereka dipanggil 'tak beradab'.

bagi golongan berumur, contoh tradisi seperti lelaki yang merisik atau meminang perempuan, adat bersanding dan seumpamanya mestilah dipatuhi dan tak boleh dilanggar. bak kata mereka, tak manis dipandang. tapi bagi kebanyakan generasi muda, tradisi tak lagi diikut secara membabi buta. ada juga adat- adat yang tidak diikuti. contohnya seperti adik perempuan boleh berkahwin dahulu sebelum kakak. padahal bagi golongan terdahulu, perkara ini sememangnya dilarang kerana boleh mendatangkan malu pada keluarga.

bagi aku pula, aku memang tidak percayakan tradisi. bagi aku, apa sahaja yang diperdebatkan, baiklah kiranya aspek agama yang dipandang, dan bukannya aspek adat atau tradisi ni. kerana bagi aku, banyak tradisi orang Melayu kita dahulu yang tidak sesuai lagi digunakan pada zaman sekarang. selagi perkara itu tidak bercanggah dengan syarak, selagi itulah perkara tersebut boleh dilakukan, walaupun ia bercanggah dengan tradisi.


"Man must not check reason by tradition, but must check tradition by reason"
- Leo Tolstoy -

October 5, 2009

Nafsu.

aku terbaca satu hadith nabi s.a.w ni yang memang sangat menarik minat aku.

seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda, lalu nasihat baginda kepada orang itu lebih kurang maksud:

Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda (lebih kurang maksud) :

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)


Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut. sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan Rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya, sehingga berkata sahabat ini:
“sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina”

aku terkedu sebentar membaca hadith ni. aku tak tahu kenapa, tapi perasaan aku jadi kucar kacir, fikiran tak menentu dan nafas membuak-buak secara tiba-tiba. kerana aku juga tidaklah baik mana, membuatkan aku rasa sesal, sedih dan sayu yang amat sangat aku tak faham kenapa manusia sukar sangat nak mengawal nafsu syahwat, termasuklah aku sendiri.
dah macam2 aku cuba untuk mengawal nafsu ni, contohnya tak keluar rumah. tapi di tv masih ada jugak adegan2 merangsang. tak termasuk lagi beribu laman web lucah di internet. kerana tak senang duduk, aku pergi keluar berjumpa rakan2, tapi ada saja topik lucah yang nak disembangkan. belum campur waktu aku melepak dengan bf aku lagi. walaupun telah aku nasihatkan banyak kali, kadang2 masih juga tangannya merayau ke sana ke mari. dan kadang- kadang, aku sendiri juga sebenarnya terlampau lemah untuk menepis...
aku adukan ini kepada seorang rakan, yang merupakan pembimbing di kala keresahan, penyelesai segala permasalahan. selepas mendengar segala keluhanku, dia tersenyum.

"banyakkan solat lagi, zana. ingat tuhan selalu. sentiasa ingat dalam diri, bahawa hidup kita di dunia ni hanyalah sementara. kita semua bakal jadi mayat satu hari nanti. dan kita tak tahu bila benda itu akan terjadi. mungkin lagi sejam, lagi sehari atau sebulan. bersiap sedialah."

kata- katanya aku balas dengan linangan air mata. aku tak tahu sama ada imanku cukup kuat untuk sembahyang lima waktu tanpa tinggal. aku juga tak pasti sama ada cintaku pada agama cukup utuh untuk bersiap- sedia sebelum jadi mayat. tapi aku akan cuba sedaya upaya. pasti aku akan cuba. -_-

September 17, 2009

Minda kelas ketiga.


Baru sahaja hari tu, negara gempar dengan isu perarakan kepala lembu di shah alam sebagai membantah tindakan kerajaan negeri nak mengalihkan kuil ke seksyen 23. ramai pihak yang mengatakan bahawa perbuatan seperti tu tak wajar kerana ia menimbulkan isu sensitiviti kaum kerana lembu itu dianggap suci untuk agama Hindu. apabila perarakan kepala lembu itu dibuat, ia seolah-olah cuba memperlekehkan agama Hindu itu sendiri.

apabila aku membaca berita ni, aku hanya menarik nafas panjang. aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran segelintir orang melayu ni. aku tak faham kenapa mereka mengambil tindakan bodoh dengan melibatkan kepala lembu dalam perarakan. aku juga tak berapa pandai untuk mengetahui kenapa mereka sebenarnya sangat membantah pemindahan kuil tersebut.

pihak yang memprotes pemindahan kuil tersebut ada mengatakan yang mereka tidak mahu kuil tersebut di sek 23 kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam. tetapi ada tak mereka terfikir, kalau nak dikira majoriti dan bukan majoriti, kenapa pula masjid boleh didirikan di negara- negara barat, padahal umat Islam merupakan minoriti di sana ? kenapa orang barat tidak memprotes pula pembinaan masjid di sana ?

kenapa mereka nak marah sangat kalau ada kuil nak dibina di seksyen 23 ? bukankah dalam Islam sendiri, tolak ansur di antara agama itu sangat dituntut. bukankah pada zaman pemerintahan Rasulullah s.aw di Madinah dulu, Rasulullah sangat mementingkan sama rata di antara rakyat ? tidak kisahla pihak majoriti atau minoriti, yang penting hak setiap rakyat itu diberi sama rata. itulah Islam yang sebenarnya.

sebenarnya, puak puak pemprotes ini lupa, bahawa Islam itu adalah agama yang mulia, yang memberi hak kepada semua, tidak kiralah orang itu Muslim ataupun tidak. mereka tidak sedar, dengan perbuatan mereka yang memperlekehkan agama lain ini, mereka sebenarnya telah menjadi pencemar agama Islam itu sendiri. mereka tidak sedar, dengan sikap kebudak- budakan mereka memprotes benda yang tidak wajar diprotes seperti itu, mereka memberi imej buruk kepada seluruh masyarakat Melayu.

sekarang aku tahulah kenapa, masyarakat kita masih dikategorikan sebagai masyarakat berminda kelas ketiga. dan aku fahamlah kenapa, masyarakat kita susah sangat untuk dihormati oleh bangsa lain. bukalah mata wahai saudara- saudaraku. cubalah berfikiran matang sedikit.

janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

June 11, 2009

Status.

"Pride in one's status is like poison - holding it in ur hand n eating it, u shall die."
Sri Guru Granth Sahib

sedarlah kawan kawanku, tak ada gunanya kalian berbangga berpakaian baju jenama topshop atau guess bila duit seringgit pon kalian tak mampu nak dermakan kepada anak yatim. dan takda gunanya kalian gah makan di bologna bila kerepek tiga ringgit pun kalian tak mampu beli untuk tolong makcik2 tua tu.


masihkah kalian mampu nak berbangga dengan status dan duit apabila wujudnya orang mcm ni di tepi jalan ?
kalau ya, semoga kalian bergembira di neraka :))

May 28, 2009

Dina suka?

Hari ni kawan aku kol dan memberi amaran tentang strawberry quick, sejenis dadah yang dah banyak digunakan untuk budak2 skolah rendah. dia tahu aku ada adik sekolah rendah, jadi dia pun saja nak warning.
bila dina balik skolah, aku pon cakapla kat dia pasal dadah tu. bila dengar je pasal dadah, dina terus menggelengkan kepala.

"dadah? ish, tak baik tuh. jangan risaula, dina tak amik punya," jawabnya dengan yakin.

"memangla, tapi takut kamu kena tipu ja. jangan amik gula2 dari orang tak kenal. paham?" aku dengan garangnya memberikan arahan.

"baik boss, tapi aku nak tengok bentuk dadah tu boleh?" dina mula teruja.

aku pon tunjuklah gamba strawberry quick tu :



'ish zana, macam sedap je. betul ke tak boleh makan tu? rasa sikit pon tak boleh ke?" jawab dina dengan wajah yang penuh kelaparan sambil pandang gambar2 ni dengan penuh selera.

aku tersentap.
ya tuhanku, tolongla jangan bagi adik aku yang sorang ni ikut perangai kakak sulung dia. tengok dadah je nak berselera. tolongla tuhan. aduhh.