June 16, 2012

Kepada adik adik.

Menjadi seorang kakak kepada tiga orang adik perempuan bukanlah senang. Tambah tambah aku ni jenis yang sangat protective. Aku tak boleh terima kalau adik adik aku menangis sebab orang lain selain daripada keluarga. Aku juga tak boleh terima kalau adik adik aku rasa sakit. Paling aku tak boleh terima bila ada orang yang hina atau caci adik adik aku.

Dalam hidup aku ini, orang yang paling aku sayang ialah adik adik aku. Aku takkan mungkin gantikan tempat pertama tu dengan orang lain. Aku ni seorang yang banyak berahsia dengan diri sendiri, jenis yang suka menyimpan. Jadi adik adik aku bukanlah orang yang paling faham aku, tetapi aku lah orang yang paling faham diorang. Kalau boyfriend adik adik aku nak tahu tentang diorang dengan lebih banyak, memang aku lah orang yang paling sesuai untuk diajak lepak.

Aku bukanlah orang yang jaga kesihatan sangat, bukan jenis yang ambil berat pasal diri sendiri sangat. Malahan aku ambil berat pasal adik adik aku lebih dari diri aku. Bibir aku makin lama makin biru, kulit aku makin lama makin pucat, dan mungkin juga aku tak akan lama. Tapi apa yang aku harap sangat ialah adik adik aku sentiasa gembira, dalam keadaan sejahtera, dan kehidupan diorang terjaga. Kalau diorang ada boyfriend pun, biarlah lelaki yang baik- baik, yang jaga agama, yang akan layan adik adik aku macam tuan puteri. Lelaki macamtu lah yang aku harapkan untuk diorang.

Jadi, kepada Mira, Kina dan Dina, aku cuma nak bagitahu yang walau apapun yang jadi dalam dunia ni, walau sebanyak mana pun orang yang caci kalian, atau sebanyak mana pun orang yang buang kalian, aku akan sentiasa ada - untuk menyokong dan menyayangi kalian sampai bila bila.

Aku janji.

June 2, 2012

You.

That time when I really felt that I do not need anyone in my life, you appeared.
That time when I really thought that I could survive alone, you came.
That time when everyone said that I have the highest ego, you make me melt.
That time when I have the hardest heart ever, you make me cry.

It is such a miracle that I can still smile again after what has happened.
It is such a miracle that I can still love again after all of those incidents.
It is such a miracle that I can still trust someone after being lied for thousand times.
It is such a miracle that I can still accept you and break the ego of mine.

Thank you so much, for having the intention to be the best guy in my life.
Thank you also, for giving me hope and strength when I do not believe in myself.
Thank you as well, for choosing me when you have all the best choices all this while.
And thank you, for respecting me and treating me like I am special.

For the first time in my life, I am saying this to someone :

                                                  I NEED YOU.

May 18, 2012

Setahun yang sudah hilang.

Sudah hampir setahun sejak kali terakhir aku update blog ni. Memang aku busy gila, dan juga busy dengan Facebook. Haha. Umur semakin meningkat tiap tiap tahun, tapi aku tetap maintain nampak muda. Hahaha. Banyak benda yang berlaku sepanjang setahun ni. Aku belajar banyak perkara dalam hidup - yang terlampau baik akan ditindas, yang jahat dipuja puja. Yang kaya diagung-agungkan, yang miskin dicaci dihina. Aku juga belajar, jangan jadi terlampau baik sehingga dipijak. Dalam masa yang sama, jangan menyusahkan hidup orang lain. Jadilah manusia rasional, yang lembut bila ditegur, tidak mudah melatah bila dicaci, dan berani bila ditempelak. Jadilah manusia matang yang hanya tersenyum bila dimaki dan tenang bila berbicara. InsyaAllah, hidup akan lebih rileks. Tak ada lagi kusut, tak ada lagi serabut, yang ada cumalah rasa kasihan sebab dunia sekarang semakin teruk, semakin hilang pedomannya.

Segala pengalaman yang lepas, aku ucap berbanyak- banyak terima kasih kerana mengajar aku menjadi manusia yang teramatlah ego, teramatlah berhati-hati dan teramatlah peka agar tidak ditipu atau diperkotak - katikkan lagi, Aku silap bila fikir manusia itu tiada yang hipokrit, aku juga silap bila anggap manusia itu jujur semuanya. Aku salah menafsir manusia yang nampak baik itu semuanya baik dan manusia yang nampak jahat itu semuanya jahat. Tipu ah semua tu, hanyalah ilusi semata-mata.

Segala pengalaman yang lepas, aku juga berterima kasih kerana menjadikan aku seorang perempuan yang lebih matang, yang lebih tinggi daya pemikiran, dan lebih teliti dalam perbuatan. Semua orang memang kenal aku sebagai perempuan yang tak berfikir sebelum buat sesuatu, itu memang kelemahan utama aku. Tapi sekarang, Alhamdulillah, kerana pengalaman, aku jadi lebih teratur dan lebih sistematik dalam perbuatan.

Segala pengalaman yang lepas, terima kasih jugak kerana mengajar aku bahawa semua lelaki itu hampir sama, cuma ada yang lebih jahat daripada yang lainnya. Aku pernah kena dengan lelaki yang boleh aku katakan antara yang paling jahat, jadi aku sudah boleh baca fikiran seorang lelaki itu sewaktu first time jumpa- mana yang jujur, mana yang buaya, mana yang ikhlas, mana yang berpura. Bukan aku nak poyo, tapi ya, benda itulah yang melindungi aku daripada bangsat- bangsat yang hanya tahu merosakkan manusia.

Terima kasih, pengalaman. Yang lepas itu takkan mungkin aku ulang, biarlah jadi pedoman. Yang akan datang, semoga akan jadi lebih baik dari semalam :)