August 3, 2015

Nokia Lama.

Mereka lihat aku capai Nokia lama
lalu mereka pun ketawa.
------------------------------------------------------------------


Sangka mereka, mereka paling mulia
merangkul si jelita, membimbit beg Prada
harga kopi mereka cecah dua angka
baki akaun pula ada juta-juta

cumanya


jiwa mereka sarat dengan ketidakpedulian
asyik pandang depan sehingga lupa kiri kanan
wajah khusyuk mendongak sehingga lupa lihat jalan
sampai tak nampak riak-riak sayu di tepian
sampai tak dengar suara-suara layu di pinggiran

kerana jika mereka nampak dan dengar
mereka tak mungkin punyai juta-juta.

Aku senyum kepada Nokiaku dan Nokiaku senyum kepadaku
kami masing-masing tahu
juta-juta mereka dan Nokiaku, dua-dua tiada tempat dalam kubur.


No comments: